PEDIHNYA SAJAK A.SAMAD SAID…

HAI MELAYU.. 

berubahlah sempena tahun baru..

Hai Melayu! 

rumahmu semua dibina Indonesia, 

ekonomi pula dikuasai Cina, 

golongan profesional semuanya India, 

warung makan pun, mamak dan Siam yang berkuasa, 

Orang Bangla pula menjadi jaga, 

orang Nepal yang menabur baja, 

orang Pakistan usung jaja karpet merata, 

Lalu Melayu ada apa? 

harapkan ustaz, saling menyesat, 

harapkan hiburan, lagi best filem barat,

harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat,

harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat, 

harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat! 

Hai Melayu! 

masih mendabik dada?

sibuk mahu menjadi tuan, 

rupanya kerja kelas bawahan, 

ditipu mentah-mentah orang atasan, 

konon perjuangan ini untuk kalian! 

kerja sikit, sembang kencang, 

banyak rungut, sikit rancang, 

siapa tegur, dituduh lancang,

duduk warung, gigit kacang! 

Hai Melayu! 

konon kau pantang di cabar, 

konon kautangkas menyambar, 

tapi cuma indah khabar, 

rentakmu makin lama makin hambar,

kau Melayu aku pun Melayu, 

aku menulis bukan cemburu, 

aku mahu engkau tahu, 

kenapa Melayu tak macam dulu….. 

Hai Melayu! 

jarimu hebat bertutur di facebook alam maya, 

bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya, 

kau cuma tahu ber gaya, 

Hai Melayu! 

kau melaung-laung di jalan raya, 

bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya, 

pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya! 

Hai Melayu! 

kerana hendak bergaya kau gadai pusaka, 

bila dah kaya kau jadi puaka, 

ini tandanya kau sudah derhaka! 

Hai Melayu! 

sedarlah bangsaku, 

bukalah mindamu, 

bersatulah bangsaku, 

kerana Malaya bukan lagi milikmu ! 

aku pun Melayu, 

engkau pun Melayu, 

bodoh sombong harus ditepis, 

riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus dikikis, 

Bersatulah Melayu! kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa, 

kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa…….

Pedih menyengat….. Untuk muhasabah diri kita…

*JIKA TAK NAK BERUBAH, TERUSLAH JADI MELAYU YANG LAYU DI TANAH SENDIRI